Khamis, 8 September 2016

Unit 4 : Proses Untuk Hidup

PROSES UNTUK HIDUP
  Semua hidupan mempunyai organ yang digunakan untuk bernafas mereka sendiri. Ada hidupan yang menggunakan peparu untuk bernafas seperti manusia. Adanya yang menggunakan liang pernafasan seperti belalang. Adanya yang menggunakan insang untuk bernafas seperti ikan.

  Semua hidupan yang dimakan oleh haiwan mempunyai panggilan mereka sendiri. Contohnya, haiwan yang makan haiwan merupakan karnivor, haiwan yang makan tumbuhan dipanggil herbivor dan haiwan yang makan haiwan serta tumbuhan dipanggil omnivor.

Hidupan berbeza dengan bukan hidupan kerana hidupan boleh:
1) bernafas                  4) berkumuh
2) makan                     5) membiak
3) bertumbuh               6) bergerak
            
Bernafas:

Makan:

Bertumbuh:
Maksud pertumbuhan ialah proses perkembangandari kecil menjadi dewasa atau matang.

Proses Pertumbuhan Benih


Berkumuh:
Badan mengeluarkan bahan yang tidak berguna melalui berkumuhdan bernyahtinja. Melalui proses perkumuhan, air kencing dan peluh dikeluarkan sebagai bahan perkumuhan.

Membiak:
Cara haiwan membiak.
Semua hidupan membiak untuk menyambung zuriatnya. Haiwan membiak dengan cara malahirkan anak atau telur.

Cara tumbuhan membiak
Ada beberapa cara tumbuhan membiak, iaitu dengan mengeluarkan biji benih, melalui batang, daun atau anak pokok.

Bergerak:
  • Tujuan manusia bergerak: mendapatkan makanan.
  • Tujuan haiwan bergerak: mendapatkan makanan, mandapatkan perlindungan dari musuh dan pemangsa.
  • Sebab tumbuhan bergerak: ada rangsangan seperti cahaya, air dan sentuhan.
  • Cara bergerak: memanjat, melompat, berlari, berjalan, berenang, terbang, merangkak, mengengsot dan menjalar.







    RUJUKAN : http://www.slideshare.net/marziana80/peta-minda-sains-tahun-456

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan